Search This Blog

Tuesday 7 December 2010

lemah dari bayi

Salamun 'alayk


Teringat saat aku pernah jatuh dulu. Bukan jatuh gedebuk tu. Tapi yang dimaksudkan di sini ialah kegagalan. Kegagalan dalam peperiksaan dunia. Sakitnya cuma Allah yang tahu. Acapkali aku menangis. Itu yang zahir, tangisan dalam hati pula sudah tak terkira. Bukan kita tak usaha. Tapi mungkin bukan rezeki kita. Tapi sampai bila? Buat kita hampir putus asa...

Aku rasa sangat down. Rasa useless. Putus asa.. Adakah Tuhan masih sayangkan kita? Adakah kita telah di-ignore-kan oleh Pencipta kita? Sebab aku tak rasa nikmatnya hidup. Apatah lagi nikmat terbesar kita iaitu iman dan islam. Aku rasa seperti sampah. Dahla buruk, tak berguna pulak tu, buat semak saja. Kecik2 tak nak mati, bila besar menyusahkan mak bapak!

Pernah tengok bayi yang baru belajar bertatih tak?

Dia cuba berdiri. Bila mampu berdiri, cuba angkat kaki. Kemudia cuba melangkah. Satu..Dua.. PUKK! Jatuh. Bangun lagi. Pegang hujung meja pula kali ini untuk sokongan. Satu..Dua..Tiga.. PUKK! Jatuh lagi. Iyyargh..Bangun lagi. Proses ini berulang2 hingga kaki kecil ini berjaya melangkah ke hujung meja yang lagi satu. Berulang2 lagi hingga mampu berlari!

Tak segankah kita pada si kecil itu? Tak rasa malukah kita bila dibandingkan dengan dia yang baru setahun jagung sedangkan kita sudah hidup berpuluh2 tahun? Yang kononnya sudah matang, kuat, dan berpengalaman? Heh..

Ok2 cool dulu. Relax..dalam surat cinta Allah kepada kita, Allah memujuk kembali jiwa2 yang gersang, kering..

"Demi waktu duha.
Dan demi waktu malam apabila telah sunyi.
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu.
Dan sungguh, yang kemudian itu lebih bagimu dari yang permulaan.
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu., sehingga engkau menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu?
Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk.
Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan."
[93:1-8]
Latar belakang surat cinta ini diambil ketika Rasulullah rasa down kerana dipulaukan, dihina, dicerca, diejek oleh kaum musyrikin kerana wahyu dari Allah tertunda dalam satu tempoh yang agak panjang. Mereka mendakwa bahawa Tuhannya telah meninggalkan baginda dsb. Lagi dahsyat kot Rasulullah kena, kan? Nabi pun tak terlepas dari diuji, apatah lagi kita yang seperti buih di lautan ni. Allah kata Dia jadikan sesuatu tu dari ada kepada ada. Dari miskin kepada berkedudukan. Dari kurang kepada lebih. From zero to hero. So apa yang kita runsingkan? Allah mampu buat semua tu..dari down kepada up, up, and up!
Ujian Allah bukan bermakna Dia benci kita. Tak..tak..Allah itu Maha Penyayang. Allah tak pernah tinggalkan kita. Kita saja yang selalu lupakan Allah. Terlalu mengejar dunia. Pastu bila jatuh, nangis. Pulak tu, ada ke kita letakkan Allah at the very 1st place untuk mengadu, instead of family, bestfriend, pakwe/makwe masing2? Takde kan..? Walhal selama ini Dia yang bagi macam2 sampai tak terkira dek akal kita, Dia jaga kita, setiap nafas, degup jantung, even kerlipan mata kita pun takkan terjadi tanpa 1 pun yang Dia tak izinkan. Sume benda Dia bagi. Mak ayah dia bagi. Sahabat tersayang Dia bagi. Ilmu, duit, nama, iman, hati, perasaan..you name it! Itu pun kita selalu letakkan Allah di senarai terakhir. Sedangkan Allah berlari-lari mendekati kita bila kita setapak menghampiriNya. Kita nak jadi hamba yang tak mengenang budi, tak bersyukur ke..? Tepuk dahi lu pikirla sendiri..
p/s: mode marah pada diri sendiri sebab rasa macam dah ambil hak Allah (walaupun tahu Allah takkan berkurang pape pun without kita yang hina ni)