Search This Blog

Tuesday 15 March 2011

hikayat tembikar retak


Salamun 'alayk..

Nak dengar sebuah cerita menarik? Jom kita hayati bersama..

Tersebutlah kisah di sebuah kampung yang mana terdapat seorang wanita tua yang selalu mengambil air di sungai. Setiap hari wanita ini berjalan kaki ulang-alik dari sungai yang tidak dekat jaraknya dari rumah beliau. Dibahunya terkandar dua biji tembikar untuk diisi dengan air dari sungai tersebut.

Akan tetapi, tembikar di sebelah kanan sudah mulai retak. Hatta air yang dibawa sering mengalir keluar dari badannya. Tembikar kanan itu berasa sangat sedih kerana tidak dapat membantu tuannya membawa air yang penuh hingga ke rumah.

Berkata tembikar di sebelah kiri dengan lagak sombongnya, "Kau sudah tidak berguna lagi kerana tidak mampu menampung air yg penuh hingga sampai ke rumah. Tidak seperti aku yang sempurna tiada cela ini."

Mendengarkan kata-kata itu, semakin pilu hati tembikar di sebelah kanan. Dia selalu berasa rendah diri dengan kecacatandan kekurangan yang dimiliki.

Selama dua tahun tembikar kanan memendam rasa, akhirnya dia mengutarakan pandangannya kepada wanita tua itu.

"Wahai tuanku, sesungguhnya aku ini tidak berguna bagimu. Tiap kali kau mengisi penuh badanku dengan air sungai, tiap kali itu juga aku hanya boleh membawa separuh darinya tatkala tiba di rumah. Aku sangat kecewa dengan diriku ini."

Wanita tua itu tersenyum mendengar keluhan tembikar kanan.

Katanya, "Lihatlah di depanmu. Indah sungguh bunga-bungaan yang pelbagai warna dan haruman itu. Aku selalu memetiknya untuk menjadi hiasan di rumahku. Sesungguhnya aku sudah arif akan hal dirimu itu. Itulah sebabnya aku telah menanam benih-benih bunga di batas sebelah kanan. Dengan cara itu, kau akan menyiramnya apabila kita melalui lorong dari sungai ke rumahku. Dan sekarang, inilah hasil dari jasa yang kau curahkan setiap hari."

Sweet kan cerita ni? Kisah tembikar ini sangat terkesan dihatiku. Because I used to be like the right pot.

Kadang-kala kita selalu tak perasan. Kita sedih dan down dengan kelemahan kita. Kita cuma nampak yang negatif memanjang. Secara fitrahnya, setiap orang ada kekurangan dan kelemahan masing2. Tiada yang sempurna melainkan Zat Yang Maha Sempurna.

Ada kajian mendapati, otak manusia selalu memikirkan lebih kurang 20% sahaja tentang perkara2 yang positif. Sikit kan?

Apa2 pun, tak kiralah berapa peratus pun perkara positif yang kita fikirkan setiap hari, even 1% sekalipun, WE HAVE TO WORK IT OUT. Usahakan yang 1% itu! Kembangkan. Lebarkan sayap. Tebarkan benih2 positif dalam diri dan ke seluruh pelosok bumi!

Mengusahakan 1 kebaikan lebih baik dari menangisi 10 keburukan.

Mulai saat ini, ayuh kita berfikiran POSITIVE! \(^,^)/