Search This Blog

Sunday 26 June 2011

Berubah part II

Salam 'alayk


Jemput baca entri sebelum ini, supaya lebih faham. Peace!


Kalau nak berubah dan improve diri, perlu tekad yang jitu.

Fokus. I need you to be focus! *curi line dalam filem Taken*

Okeh, sebelum ini kita cerita tentang penyakit.

Hmm..sakit. Untuk sihat kembali, kita kena mula dengan diri sendiri.


1) Clean the dirt in our heart with taubah nasuha.

“Alah tunggula dapat hidayah dulu, baru aku bertaubat. Tak puas lagi la, hidup ni sekali je ustazah, so kita enjoyyy! ”

Uit? Ok. So bila akan puas? Bagi tahu sikit tarikhnya bila? Bagaimana jika ajal kita tiba dulu sebelum itu?

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian,

Hidup ni memang sekali je. So disebabkan sekali lah kita kena berusaha perbaiki diri dan menanam benih supaya hasilnya dapat kita tuai di akhirat kelak. U got what I mean? Besides, siapa yang nak kejar syurga dunia yang seciput, sesaat, ni jika nak dibandingkan dengan syurga akhirat yang baru betul-betul-tanpa-sempadan-yang-nikmatnya-kekal-abadi?


2) Penuhi iman dan ilmu di dada.

Hidup kita ibarat gelas. Gelas kalau tidak diisi dengan air (tujuan ia diciptakan), pasti terisi dengan benda lain (fungsinya tidak diaplikasikan). Contohnya udara dan habuk. Begitu juga hidup kita, kalau tidak terisi dengan benda-benda baik, pasti akan terisi dengan benda yang tidak sepatutnya. Sebab kita pun ada tujuan kita diciptakan, tahu?

“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”…” [2:30]

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” [51:56]

Okeh. Sekarang dah tahu tujuan hidup; sebagai khalifah dan beribadah. Jadi untuk merealisasikan slogan "hidup ini sungguh bermakna", kita perlu tahu macam mana nak jadi khalifah dan bagaimana hendak beribadah dengan sahih. Oleh itu, manusia ini tidak akan berfungsi tanpa ilmu.

Ilmu kedoktoran, checked.

Ilmu memasak, checked.

Ilmu matematik, checked.

Ilmu melilit shawl, checked.

Ilmu kebal kejuruteraan, checked.

Ilmu agama, ceit.

Laa. Semua ilmu dah kuasai, kenalah ada juga ilmu agama. In fact, it should be at the top of the rest. Kalau tidak, tak jadilah manusia islam, jadi makhluk lain. Nak? Ehe gurau saja.

Jadi, isilah gelas dengan air, bukan dengan habuk. Hiasi hidup kita dengan warna-warni ilmu agama. Bergelumanglah dengan majlis-majlis ilmu di masjid atau surau berdekatan. Tak pun, boleh bentuk kelompok kecil untuk berkongsi tentang agama a.k.a. usrah. Tak pun, baca buku-buku agama. Tak pun, dunia sekarang kan tiada sempadan, segalanya dihujung jari. Boleh baca blog-blog seperti langit ilahi, saifulislam, iluvislam, dan sebagainya. Mulalah berjinak-jinak dengan quran beserta tafsirnya. Boleh juga menonton video-video islamik di youtube seperti ini.



3) Beramal dengan istiqamah

Part ni memang kena kerja lebih sket. Nak gaji besar kena kerja kerja kuat, no? Tak apa..bagi peringkat awal, mula slow-slow. Tapi berterusan sampai mati, insyaAllah. Nak tahu tak kawan-kawan, Allah paling suka hambaNya yang buat amalan kecil tetapi berterusan (istiqamah). Berat memang berat, tapi ganjarannya kalau nak kira bikin otak sarat. Tak terbayang beb! Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah. So, kita kena buat sungguh-sungguh lah, supaya kita dapat pleased Allah dan raih redhaNya.


4) Spread the love

Okeh. Yang last ni more to tugas sebagai khalifah. Khalifah ini apa? Hm..senang cerita khalifah ini macam wakil or pemimpin. Boleh juga digelar sebagai duta islam di atas bumi. Setiap dari kita adalah khalifah, setuju? Jadi kita kena sebarkan islam kepada orang lain. Tak kesahlah dengan apa cara sekali pun. Menulis blog ke, buat video ke, design/jual pakaian muslimah ke, bahkan sambil sembang-sembang dengan teman pun kita boleh menyelit, “alah, abaikanlah ex-boyfriend kau tu. Eh kau tahu tak Allah tu Maha…..”

Rasulullah (s.a.w.) pernah bersabda, “sampaikanlah daripadaku walaupun 1 ayat”. Nampak tak kepentingan penyebaran islam tu?

Kawan-kawan tahu tak islam kat mana sekarang ni? Bukak je TV, islam dikaitkan dengan terrorist la, masyarakat kita pula anggap agama islam tu old-fashioned dan sebagainya.

Islam kat bawah sekarang. Puak-puak yahudi dan kristian yang di atas, bukan?

Tetapi, sebelum hari kiamat berlaku, islam akan menang semula, percaya tak? Sebab itu janji Allah dalam firmanNya

“Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik pun membencinya” [61:9]

Maka yakinlah, islam akan menang.

Mari kita pergi padang bola. “Barcelona lawan Man U weh malam ni”

Bayangkan anda pemain simpanan Barce. Anda dah tau team anda akan menang. Sebab referee tu orang Spain kowt. Aha. (ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah tiada). Satu dunia tahu Barcelona akan menang. By hook or by crook pasti menang, budak tadika pun tahu. Tapi anda pun hebat bersilat bola petala kelapan apa! Takkanlah nak tengok je team anda menang tanpa setitik pun peluh anda sumbang, betul tak? At least walau main 10 minit pun mampu buat anda bangga sebab dah tolong sket-sket untuk menang. So, anda nak jadi player or penonton je?

Ehe faham tak ni?

Islam pasti akan menang. By hook or by crook. So, kita nak jadi penyumbang atau kita nak jadi penonton sahaja?

Aku pilih untuk turun padang. Kawan-kawan macam mana?

Nampak tak beliau bersilat?


Basically, step 1 to 4 ini ibarat cycle. Tak semestinya kalau kita dah tahap mampu sebarkan islam itu, kita sudah tidak perlu bertaubat. Bahkan makin sarat iman di dada, makin basah tikar sejadah dek memohon ampunan dari Allah SWT. Ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Tak begitu, kawan-kawan?

:)

So..itulah sedikit sebanyak yang aku dapat fikirkan buat masa ini. Minta maaf atas segala kekurangan. Aku harap kita sama-sama boleh buang yang keruh, ambil yang jernih. Berubah. And BE BETTER.

Anda mampu mengubahnya. Peace yo!

"Be the change you wanna see in the world."

Berubah part I

Salam ‘alayk

Peringatan: entri ini aku tujukan pertama sekali untuk diri sendiri, kemudian barulah yang lain.

Peringatan II: entri ini sangat panjang dan isinya sangat berterabur. Jadi pastikan anda ada masa dan fikiran yang lapang yang betul-betul lapang. Okeh!


Teringat memori ketika aku baru pulang ke tanah air. Sampai-sampai saja di rumah, aku terus buka luggage dan dibentangnya luas-luas di tengah ruang tamu. Buah tangan tidaklah sehaibat mana. Setakat T-shirts, apricot kering, dan jus tamr hind, Mesir mari. Tapi cukup untuk semua ahli Persatuan Pak Ayob cawangan Klang. Aha.

“Ya pilih, pilih, pilih oooiiii…!!! Banyak barang murah, mari, mari, mari…!!!”

Ok, aku tipu.

Sebenarnya macam ni.

“Ni ha mama, bapak. Tak dak apa sangat pun adek beli. Dah mama pesanjangan beli apa-apa. Huhu.”

Mama dan bapak pun pilih la T-shirt ikut saiz dan pattern yang berkenan di hati. Ada gambar unta, ada huruf-huruf khat, ada kartun yang kelakar, dengan pelbagai pilihan warna.

Tiba-tiba mama menguis-nguis lagi perut beg aku.

“Mama cari apa?”

“Adek tak beli ka teloq dinasour kat Hussien tu?”

Alahai comelnya mak aku ni..bukankah beliau yang beria-ia pesan jangan beli apa-apa =.=”

So sekarang ni ketahuilah aku, walaupun mama kata tak nak/ tak payah, sebenarnya beliau teringin juga sesuatu benda tu. Malu tapi mahu. Memang lama beliau aim nak lampu warna-warni tu. Cuma aku saja yang tak beli-beli lagi. *dush dush tumbuk diri sendiri*. Sesungguhnya anakmu ini lurus bendul tidak mengerti kemahuan sebenarmu.


Inilah telur dinasour yang dimaksudkan :)


Beberapa hari kemudian, datang adik-beradik pula yang pilih hadiah masing-masing. Tengah riuh-rendah tu tetiba hamba Allah ni kata, “Tak mau amek yang ni, ada huruf-huruf Quran, susah nak pakai. Takleh bawak masuk bilik air.” Kemudian mengambil baju yang bercorak kartun.

Aku terkedu. Eh eh dia ni, takut nak pakai baju yang ada huruf-huruf jawi, tapi tinggal solat tak takut pula.

Itulah masalah umat akhir zaman ini. Tak perlu pergi jauh, tengok di Malaysia pun dah cukup. Salah faham dalam agama semakin menular. Sekularism pula toksah cerita la.

Kenapa takut menyentuh quran tafsir tanpa wuduk, sedangkan tak takut memegang tangan yang bukan muhrim?

Kenapa dok berbangga sangat bila kaki dah cecah tanah suci, sedangkan amal selepas itu seperti lupa bahawa rumah kata pergi, kubur kata mari?

Kenapa menganggap yang tiada boyfriend tu perempuan kampung, tak laku, sedangkan perempuan itu amatlah tinggi derajatnya di sisi Allah dan mahal harganya bagi lelaki soleh.

Kenapa nak berpoligami dengan alasan mengikut sunnah nabi, sedangkan kewajipan zakat dan nafkah tidak dipenuhi?

Kenapa lepasan sekolah agama biarkan tudungnya terbang, sedangkan dia dulu top student satu kampung mak ayah gebang.

Kenapa pemimpin mampu bersorak gembira menyaksikan perlawanan bola, sedangkan masih ada rakyat yang hidup sengsara?

Ok. Dah makin jauh dari point sebenar.

Masyarakat kita kurang pengetahuan dan kesedaran. Hatinya kosong dan kering. Tiada rawatan. Atau mungkin rawatan itu tidak sampai kepadanya.

Oleh yang demikian penyakit umat ini semakin parah. Tapi yang sakit itu tak sedar bahawa dia sedang sakit.

Ish, tengah rancak menulis ni tetiba aku teringat tapai ubi kat Malaysia. Pernah makan tak? Sedap kan. Bapaklah orang paling suka makan tapai dalam keluarga kami.

Selepas ditapai, ubi itu tetap mempunyai bentuk yang sama seperti sebelumnya, tetapi rasanya berbeza sekali.

Begitu juga warga akhir zaman ini. Dari luaran orang tengok kita sebagai muslim dan hidup aman harmoni dalam negara yang kononnya negara islam. Tapi deep inside, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sampai bila kita nak hidup macam ni??? Kita sangka kita sihat, tapi sebenarnya kita tenat!


Inilah tapai ubi. Yummayh!


Satu saja punca semua masalah ini berlaku.

“…Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” –hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jadi, macam mana kita nak jadikan hati kita ni baik? Atau dah memang baik nak bertambah baik?

Kita perlu bagi makan hati kita. Ya, kalau perut (jasad) anda lapar, anda pergi cari makanan kan? Tapi kalau hati yang lapar macam mana?

Kita perlu cari ilmu yang ruhi dan pemahaman sejati. Kemudian kesedaran itu akan muncul. Kalau tak on the spot pun, pasti akan merangkak-rangkak kesedaran itu datang. Jangan risau.

Amalan seperti membaca quran, zikir pagi dan petang, tahajjud di kala orang lain tengah sedap tidur, menutup aurat, infaq kepada yang memerlukan etc. akan kita lakukan tanpa disuruh.

Vahh, tum bohet sunder hey. Wahh, kau boleh la cakap. Mengaji kat Mesir, budak baik sejak azali.

Wohoho..chill bro.

Aku ni bukan hebat mana pun. Makhluk kerdil yang banyak kekurangan. Bukan nak buka pekung di dada, tapi sebagai pedoman buat semua.

Kalau ada orang yang kaki botol, kaki wayang, kaki bangku, aku dulu kaki dosa. Nampak saja baik, bertudung, tapi hanya Tuhan yang tahu. Masa dan anggota badan sebagai saksi.

Kalau aku cerita pun aku gerenti kalian pasti tak percaya. Kalau yang percaya pasti tak perasan rahang kalian dah jatuh atas lantai. Yang ragu-ragu akan call mak aku minta kepastian. Ehe, jangan.

Bertahun-tahun aku hidup dalam gelap. Tiada had nak buat benda yang tak elok. Dunia sekarang kan tanpa sempadan. Segalanya di hujung jari. Aku sangka aku bahagia. Aku sangka apa yang aku buat tak salah. Kamon lah babe, semua orang buat la. Aku tahu Allah tu wujud. Tapi aku tak takut langsung. Kalau Allah tak suka apa yang aku buat, pasti aku dah kena sambar petir sekarang.

Itulah sedikit sebanyak tentang aku dulu. Allah saja bagi aku peluang hidup dalam kegelapan dan jahiliyah. Sebab Dia nak aku rasa manisnya ‘pencerahan’ dan tarbiah. Dan aku sangat-sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk ‘hidup’ kembali. Allahu Allah.

Kalau nak dengar lagi pasal aku, kenalah pergi twitter tunggu entri seterusnya yang entah bila akan di update. *bajet star*

To be continued.....