Search This Blog

Sunday, 15 January 2012

Walimatul Urus :)





Salam 'alayk



Sekapur sirih, seulas pinang
Semekar senyum, seikhlas hati

Dengan penuh kesyukuran terhadap Ilahi
Kami menjemput semua yang mengenali diri ini
Untuk menghadiri majlis raja sehari :)







Sunday, 1 January 2012

Maryam from City of Love


Salam 'alayk


Terkenang saat pertama kali aku ditakdirkan bertemu dengannya.

"Aduhhh..lambat lagi kali ni", desus hati kecilku tatkala berjalan kencang menuju ke mahattah syubrawi (baca: stesen syubrawi) 

Tengah dok berkerut dahi mencari kelibat tremco yang nak ke kuliah, terkerling kelibat seorang perempuan berjalan ke arahku dari seberang jalan sambil memanggil "ukhti, ukhti!"

"Oh aku tak dengar pape."

*pura-pura*

"Ukhti, ukhti!", panggilannya makin jelas kedengaran.

"Halamaakk..dia nampak aku perasan dia plak..harap-harapla dia tak buat muka kesian nak mintak duit, aku dahla tengah pokai ni", terus aku berpaling menghadap si pemanggil, sambil tangan menggenggam erat tali beg sangdang aku. Sebagai langkah berjaga-jaga la kan, bukan boleh percaya orang zaman sekarang ni.

Berkulit gelap, ber'abaya hitam, dan selendang kemas di kepala menutupi seluruh auratnya. Raut wajahnya kepenatan. Nafasnya tercungap-cungap. Dia cuba bertanya sesuatu mengenai Bank De Caire. Aku cuba mengamati tutur katanya yang kurang fasih berbahasa arab itu.

Melihatkan aku kepeningan, terus disoalnya, "do you speak english?". Fluent gila.

"Yes!", teruja aku. Dia ni bukan orang jalanan. Educated. Sebab orang mesir ni, walaupun pakai coat, belum tentu boleh speaking.

"Alhamdulillah, masyaAllah, finally! I walked for the whole day asking people but non of them understand what I was trying to say. Alhamdulillah, thank you!!" ujarnya penuh kegembiraan dan kelegaan.

Aku turut gembira kerana aku bakal faham apa yang akan dia cakap. Haha.

*tangan masih erat memegang tali beg*

"Do you know where is Bank of Cairo?" 

Emm..sebenarnya aku pun tak tahu. Selepas berusaha tanya amu-amu (baca: pakcik2tepi jalan tu, akhirnya kami mendapat petunjuk.

"Well, you can take a taxi from here and tell the driver to..."

"No I can't, I have no money. At all. That's why I'm trying to get my money from the bank. I walk for the whole day because I have no money to get a transport."

*ok, tangan makin kuat pegang tali beg*

"Owhh..kay...where do you come from?"

"I'm from  France. I just arrived here for 2 months. That's why I don't know arabic well. But if you want me to speak English or French, like bla..bla..bla.. *dia mula speaking french yang buat aku nganga dan wow!* yes, I can teach you that!"

"Ohh..i see", ujarku meraikan keramahannya.

"It's ok now, I can walk from from here. Just go directly straight from here, right? Thank you, thank you, and thank you for helping me to get the direction. I pray that Allah will give you a lot of hasanaat, for helping me today."

Lalu dia berjalan pergi...

Dia tidak meminta 1 sen pun dariku.

*tanganku perlahan-lahan terlerai dari tali beg*

Aku hanya memandangnya dari belakang..terdetik dihati, 
siapakah dia? 
adakah dia akan menemui bank itu?
bank itu buka kah hari ni?
kalau bank tutup, macam mana dia nak makan?
tahukah dia cari jalan pulang?

Aku biarkan persoalan2 itu larut dalam hingar-bingar kenderaan yang lalu-lalang di sekeliling..

Eh Farah, fokus! Kau dahla lambat ke kelas, mengelamun pula! Terus aku menaiki 1 tremco ke Rabaah. Sekali aku melihat susuk tubuh gadis tadi berjalan kaki di tepi.

"Amu, 'ala gam, 'ala gam hena (pakcik, berhenti di sini)!" jeritku membuat semua orang terkejut. Baru naik dah nak turun.

"Nazil hena (turun di sini)?!"

"La, walakin fi sodiqati da (tak, tapi ada kawan saya, itu dia)"

Lantaklah bahasa arab aku yang tunggang-langgang tu, yang pasti amu tu faham dan aku dapat menyelamatkan nyawanya! Eh. Tolong sudeyh. Heh.

Aku terus membuka pintu sliding itu dan menjenguk keluar lalu melaung kepada gadis tadi, "ya ukhti, ya ukhti!"

Dia tersedar akan panggilanku itu dan membuat isyarat seolah-olah berkata, "what on earth are you doing??" sambil berlari2 anak untuk menaiki tremco yang hebat merempit itu.

"Its ok, I'll pay for you"

"Thank you, really. Oh my name is Maryam." Sambil tersenyum mesra.

"I'm Farah, from Malaysia"

Dalam tempoh 5 minit dalam tremco itu kami sempat bertaaruf.

Rupa-rupanya Maryam, 28, ialah seorang muallaf. Bila aku mendengar cerita bagaimana dia memeluk islam itu, hati aku cuma ingat Allah. 

Dialah yang Maha Pemurah, Pemegang hati2 hambaNya, Pemberi hidayah..Allahu Allah..begitu mudah Kau menyentuh dan membuka hati bekas penganut agama kristian ini.

"I have a few friends in France and they were muslims. I saw them praying and I felt that this is beautiful. This kind of thing is not taught in my religion. How they obeyed their God..do the 5 times prayer..and I said to myself that,  one day I'll be like them. So I asked them, "how can I be like you?" and they said, "1st you must say your shahadah". And so I did, alhamdulillah."

*bergenang air mataku*

"How about your family?  How did they respond when they knew you have converted?"

Sambil menggeleng2 kepala dia berkata, 

"They were against me. My mother was very angry, at first. But I tried to talk to her and explained that this religion is a very good religion. This religion is not a crime. It teach me to be a good person and do good things. Finally, she accepted my decision, alhamdulillah."

Allahu Akbar..MasyaAllah..Ya Allah.. T_T

What an amazing creature this young lady is. Subhanallah..

"Do you read the Quran?" She asked.

"Yes, I do."

*Gasping* "Really?? Can you teach me how to read the Quran? With tajweed? And teach me how to tashawood?"

Without hesitating I said, "Yes, InsyaAllah!"

*Gasping more* "Thank you very much Farah! But now I really want to learn about al-Fatihah. Just teach me al-Fatihah, because I want to pray, it is compulsory for us to recite al-Fatihah in our prayer, right? Other surah I will learn later, buat now I want to learn about al-Fatihah first. Thank you for willing to teach me."

:')

O Allah..please keep her heart opened to get Your light..please Allah!

I didn't noticed that actually we have arrived at the mahattah. Nearly missed it though.

We exchanged our phone number and made an appointment for Maryam's 1st Quran lesson, alias my 1st Quran teaching experience. Peluh kecil.

Kami berdakapan erat dan Maryam tidak henti2 berdoa untukku. Aku pula hilang kata2. Allahu Allah.. T_T

Kami kemudiannya berpisah, menuju destinasi masing2. Di hatinya tidak sabar untuk mendapatkan wang yang dikirim ibunya. Di hatiku pula ada taman. Berbunga-bunga basah dan segar kerana baru disiram rasa kasih dan sayang dari Sang Pemilik Hati. 

Hangat terasa dalam dakapan ukhuwah yang baru terbina. Mengenali saudara yang baru berhijrah terjun ke dalam agama yang agung ini. Tanpa ragu-ragu. Tanpa dipaksa. Malah mempertahankan pegangannya dengan penuh hikmah, hasilnya dilimpahi rahmah, apabila keluarganya pasrah.

Kalaulah aku tidak menghiraukan panggilanmu tadi, pasti aku tidak merasai nikmat ini.

Segala puji-pujian hanya untukMu.

Maryam, you thought me tonnes of lessons today. 


Jazakillah kheiran katheer, Ukhti. May Allah bless and guide you always, to be in the correct pathway to Jannah. Ameen.