*koff koff*
haish..debu sawang penuh! bila ya kali terakhir aku singgah sini?
*congak2 pakai jari*
adalah dalam 3-4 bulan. Wait, like seriously?
Memandangkan aku dah lama tak menjunamkan diri ke ruang penulisan ini, maka aku menyusun 10 jari mohon maaf awal2 kiranya skill dan jalan cerita agak kureng sket. Nak kena asah balik mana yang tumpul, nak kikis mana yang berkarat.
Bismillahirrahmaanirrahiim
Pernah dulu aku memasang impian. Tak mahu berkahwin. Ya, Farah yang kalian kenali ini luarnya memang gila2 dan agak 'gedik' bila cerita bab ini. Dia kalau sembang, fuhh, pumpang2 excited macam esoknya tu dah nak kenduri. Tapi di dalam hatinya, ada kegusaran, ada kebimbangan, ada ketidakyakinan.
Kalau aku kahwin sekarang, mampukah aku membahagikan masa antara belajar dan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri, menantu, anak, bahkan ibu, dengan baik?
Kalau aku nak kahwin bila dah kerja, waktu tu lebih sibuk dari sekarang, mampukah aku menjalankan kewajipan2 dengan baik?
Kalau aku kahwin nanti, siapa yang nak jaga mama dan bapak?
Kalau aku kahwin, akan mampukah lagi aku menampung beban dakwah ini?
Dengan tugas sebagai pelajar perubatan/doktor, dengan bulatan gembira sana-sini, dengan hak2 kepada mama dan bapak yang masih banyak belum tertunai, dengan program2 kemasyarakan ini pun aku seringkali mengah dan tercungap2. Inikan pula ditambah dengan tugas2 baru yang tidak kurang beratnya!
Paling aku takutkan..kalau aku kahwin, akan tetapkah fokusku dalam menombor satukan Allah SWT dalam setiap segala? Atau aku mula alihkan perhatian pada manusia bernama suami?
Aduhh..pusing aku..pusing! Gimana sih?
Lalu aku pacakkan panji "NO MARRIAGE FOR ME", demi setia kepada Allah semata.
Persis Rabiatul Adawiah. Serikandi islam yang agung dalam pengabdian cintanya pada Sang Pencipta. Walaupun dipinang ramai jejaka, namun semuanya ditolak dek hatinya sudah berpunya.
Ya, aku mahu jadi seperti beliau.
*****************************************************
25 June 2011
"assalamualaikum ape khabar farah ? ana sebenarnye ade nak tanye sesuatu perkara penting kat farah ni. ada orang minta ana tanyakan pada farah .
* farah dah ada calon ke atau dah di risik oleh sesiapa ke atau farah dah ada pilihan hati ke ? kalau tak keberatan , ana harap farah sudi jawab ye
Yang benar,
wakil seseorang"
Dangggg!
budak yg pra matang dan slalu bajet poyo ni nak kawen? agak r weh.
Allah akan temukan jodoh kita apabila Allah tahu kita benar-benar sudah layak memikul segala tanggungjawab..:)
ReplyDelete