Salam 'alayk
Bila balik rumah, tengok rumah bersepah. Masuk bilik, katil tak kemas, meja study berselerak dengan macam2 benda. Dengan letihnya baru balik dari kelas, perut pulak lapar. Jenguk la ke dapur. Mak aii..tongkang pecah pun kalah! Gaya macam baru lepas perang, tapi makanan 1 habuk pun takde. Takpelah, nak mandi dulu, mungkin boleh tenangkan fikiran yang bersawang dengan term2 medic dari kuliah pagi tadi. Masuk2 je bilik air, ada bau masam. Ei..takkanla kot..pergi jenguk bowl, ohh nasib baik bukan. Scan punye scan, nah, selonggok baju tak basuh dalam mesin basuh. Sape plak yang nak wat eksperimen fermentation ni. Haila, haila..
Hahaa..penah tak korang berada dalam situasi ni? Aku pernah! *jujur*
Selalu je terjadi benda ni di mana2. Bukan takde jadual dan tugasan yang diaturkan. Bahkan semua kerja diagihkan dengan lengkap dan teliti.
Kalau dalam situasi kat atas ni berlaku, nak marah pun ada. Kalau tak bising2 pun mesti langsaikan tugas2 rumah tu dengan hati terbakar beserta adegan sumpah menyumpah dalam hati. Then mulalah muka masam 2-3 hari sebab terpaksa buat kerja orang lain.
Kalau kita dalam golongan ni, agak2 nya la kan, segala penat lelah dan sakit hati kita tu berbayar tak?
I'm not talking about the reward from human, by the way, but Allah SWT.
Mari kita tune sikit waktu. Tapi nak pusing mana kak?
Jom kita flashback ke zaman para sahabat. *ching. bertukar!*
***************************************
Adelah kisah, tentang dua orang sahabat. Mereka berdua ni orang2 baik (of course la kan, apela). Sangat rapat la boleh kata. Dalam banyak2 kebaikan dalam diri sahabat karib ni, ada 1 benda yang boleh kita extract. Mereka selalu tak puas hati dengan satu sama lain. Tak-puas-hati para sahabat tak sama dengan tak-puas-hati manusia zaman kita ni. Mereka berdua ni, pantang nampak kalau kawan dia tu buat amal lebih sikit dari dia. Dalam erti kata lain, fastabiqul khairaat (berlumba2 dalam membuat kebaikan).
Apa yang diorang ni buat? Kalau yg A ni puasa sunat setiap hari isnin dan khamis, yang si B akan puasa selang sehari. Kalau B bangun qiam setiap malam jumaat, yang A akan buat lebih dari itu. A bagi derma sikit, B bagi lebih banyak. Haa macam2 lagila yang kalau sorang buat sesuatu, yg lagi sorang tu mesti nak buat lebih dari kawan dia.
Sampailah ke waktu mereka dapat seruan untuk keluar berperang (tp xsure perang ap,yg pasti ad perang la). Hah bukan main lagi sahabat dua orang ni, berlumba2 lah mereka ke barisan hadapan. Yelah, nak buru syahid, siapa tak nak?
Dush2! Sap2! Hiarghh sana sini diorang lawan dengan musuh2 islam. Lawan punya lawan sampailah mereka berdua terpisah dalam medan perang tu.
Hah, part ni paling best.
Yang si A ni tengah lawan2 ngn sorang kufar ni. Tapi org kufar ni berjaya mengalahkan A. Tapi A belum mati lagi tau. Sikit je lagi. Out of sudden, tetiba A ni gelak. Dah nak mati ni. Ish, haru biru la org jahat tu. Gila ke apa laki ni.
Depan mata A ni dah nampak kemenangan (mati syahid). Lagipun yakin dia yang syahid dulu, ntah2 si B masih bertarung lagi.
Melihatkan keanehan tentera muslimin yang tergelak2 di ambang kematiannya, orang jahat tu pun kata, "pelik la org2 muslim ni, dah nak mati tapi masih mampu gelak besar. Tadi pun ada sorang yang gelak2 macam ni".
Mendengarkan kata2 laki tu, ketahuilah A bahawa B telah pun syahid dulu sebelum dirinya. Terus, dia menangis semahu2 nya, kerana sudah kalah kepada sahabatnya dalam perlumbaan menuju redha Allah.
Alhamdulillah, kedua-duanya syahid di jalan Allah.
********************************************************
Wuwuwu...
Aku ni nak tolong basuh pinggan pun taknak.
Kalian pula bagaimana?
Dalam kehidupan seharian kita, Allah bagi baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat peluang untuk kita buat pahala. Cuma tinggal kita je nak lihat benda tu dari sudut apa, penat ke, amal jariah ke, or tak amek peduli langsung. What is yours is yours, what is mine is mine.
Ish, ish, ish..takmo la kan.
Mungkin kawan/saudara kita tu tak sempat or terlupa nak buat semua tu. Tak ada salah kalau kita yang buat kerja dia sekali-sekala. Tapi bukan jadi kuli ye. Kalau kita nak ingatkan dia tentang benda tu, jomlah wat sama2 ngn dia :)
Kita kalau boleh, nak segerakanlah kebaikan tu. Macam sahabat dua orang tadi. Tak senang tengok orang lain lebih dari dia.
Bila mak panggil suruh jaga adek, berlari2 lah kita mengerjakannya. Kalau nak advanced lagi, tak payah mak suruh pun kita dah jalankan tugas tu.
Bila nak solat berjemaah, janganlah kita yang jaguh bagi iqamah (sebab nak lepaskn diri dari jadi imam), ataupun sengih2 sambil menguis2 kawan kita supaya dia yg jadi imam. Biarlah kita yang volunteer nak jadi imam di depan.
Bila nampak cikgu bawa banyak buku, tawarkanlah pertolongan kepadanya.
Bila tengok suami (or isteri) penat2 balik dari kerja, buatkanlah air yg enak dan urut2 lah sikit badannya.
Bila tengok kakak or adik kita macam bermuram durja, hulurkanlah bahu kita dan hiasilah wajahnya dengan gelak ketawa.
Bila nampak baju tak basuh, pinggan bertimbun, lantai tak sapu etc.,
MARI KITA JADI ORANG PERTAMA YG CLEARKAN SEMUA TU!!
Fuh, semangat. Hehe. (^,^)v
Fastabiqul khairaat, dear readers :)