Search This Blog

Saturday, 28 May 2011

terima kaseh awak

Salam 'alayk


Teringat kata-kata dari Kak N yg syomel mengomel, "korang ni bila nak buat tazkirah rumah? Lepas solat subuh pagi2 tu kan boleh. Buat yang ringan2 pun jadila."

Ya. Dah lama Khansa' suram dari pengisian. Kering. Hening. Bening. Persis musafir sesat di tengah2 padang pasir yang kehabisan bekalan air.

Tiba2 suatu hari muncul satu makhluk Allah ni depan pintu rumah. Oh mak, terkejut beruk aku. Si dia rupanya. Ya, makhluk yang ku maksudkan ialah manusia. Bukan calang2 manusia. Bukan orang sembarangan.

Dah lama sebenarnya bercadang nak jenguk dia.

Tapi dia yg jenguk kita dulu.

Buat apa dia ke sini?

"Saja, nak ziarah." Sambil menguntum senyuman. "Kita nak tidur sini boleh tak?"

Ahhh..silakanlah ukhti. Rumahku rumahmu jua. Cair tengok kelembutan peribadinya. Pertuturannya juga disusun rapi. Serius rindu kat manusia sorang ni.

Apa yang menariknya perempuan ni? Kalau dilihat secara fizikal memang xde yang menarik pun. Masakan dia pun xdelah sesedap mana. Anak kedua seperti kebanyakan anak kedua yg lain di muka bumi ni. Ada dua mata, satu hidung dan satu mulut. Biasa je.

Berbezanya dia pada hatinya.

Berbezanya dia pada fahaman agamanya.

Berbezanya dia pada kebasahan jiwanya.

*********************************

"Eh cuba baca ni."

Since xde orang yg bergerak, maka dibacakannya post itu. Dengan nada yang lembut, namun mampu menegakkan bulu roma si pendengar.

Cukup untuk mengejutkan daie yang sedang tidur. Sebagai booster penggerak dakwah.

Subhanallah..

Petang tadi dia yg masak dinner. Ya, dialah yg masak tak sesedap mana tu. Tapi bila masakan itu dibubuh sesudu prihatin, secubit empati (sbb tuan rumah sibuk baca buku nak exam) , bersama perahan zikir, dan curahan kasih sayang.

Hasilnya, 2-3 kali aku mintak tambah nasi.

Subhanallah..

Umur dah masuk 21, mesti dia dah mula berfikir bab kahwin. Sebab aku ye. Haha. Yelah kalau tengok dia ni, individu muslim tu dah cantik sangat kalau nak dibuat menantu. At least mesti dia dah aim nak kahwin bila.

"Ya Allah, Farah..banyak lagi hak kepada mak ayah yg tak tertunai."

Subhanallah..

Teringat waktu revolusi 25 Januari 2011 yg menggemparkan Mesir. Waktu tu kerajaan tengah berkira2 nak wat evakuasi ke tak untuk pelajar2 di sini. Waktu tu memang kalut la, yelah, xde pengalaman duduk negara yang sedang kucar-kacir. Talian telefon dan internet dibekukan. Mesin ATM pun sume takleh guna.Bunyi tembak menembak depan rumah. Curfew dan segala bagai. Aku yang dah memang ada tiket balik Malaysia ni pun belum tentu dapat balik. Duit pun dah kering. Nak keluarkan baki sesen dua dalam akaun tu pun xleh.

Dia yang lebih "belum tentu" nasibnya, aku salami sebelum aku bertolak ke airport. Sambil itu dia menyelitkan kertas putih berlipat ke tanganku. Pesannya supaya baca di airport nanti. Akur sajalah. Surat chenta barangkali. Biasala tu, nak berpisah kan. Mesti ada pesan itu ini. Tapi aku silap.

"Farah, ni hadiah untuk Farah tau. So kalau hadiah, Rasulullah kata kita kena ambil.. :) Ini bukan hadiah nilai persahabatan fillah..ni pun bukan hadiah membalas budi..sebab semua tu tak terbayar dengan wang. Tapi, ni hadiah rezeki dari Allah..Allah melebihkan sebahagian rezeki hamba untuk menguji hambaNya..Farah please...,ambil tau duit ni sebagai hadiah!!"

Bersama beberapa note Egyptian Pound dan USD.

Subhanallah..

Aku kan, kalau lepas exam selalunya haram nak bukak buku lagi. Apetah lagi buku medic, owh purh-leys~!

Tapi dia yang dah abes exam ni, makin sibuk penuhkan masa dengan bahan2 ilmiah dan thaqofah.

Subhanallah..

Kemudian baru je tadi, waktu aku yang di depan laptop ni menghadap yg bukan2, melihat dia datang menghampiri. Tengok muka, macam dah ngantuk tahap gaban. Nak tidur dah kot. Tapi kenapa capai tudung indon aku?

"Aah kita nak tidur dah sebenarnya. Tapi nak baca Quran sekejap."

Subhanallah..

Kadang2 kan, dengan melihat muslim sejati yang betul2 mengaplikasi islam dalam diri itu sudah cukup memberi tazkirah kepada kita. Menenangkan hati dan sejuk mata memandang.

Hadirnya dia buat aku ibarat musafir yg terjumpa oasis di gurun sahara. Umpama bintang yg menunjuk arah di waktu malam pekat.

Oh, Kak D!

Terima kasih kerana menyuburkan kembali tanah yg gersang di bumi Khansa' ini.

Jika ada 1000 wanita seperti mu di luar sana, pasti bergoncanglah dunia ini!!


4 comments:

  1. farah!!!nak sangat jadi macam dia..:(

    ReplyDelete
  2. mimi!!! insyaAllah, u will be better than this!!

    ReplyDelete
  3. kak farah! saya sayang dia jugak!

    ReplyDelete
  4. mira, cuba bagai tahu akak siapa yang tak sayang dia? meh sini akak nak tenyeh2 muka dia. haha

    ReplyDelete